Monday, 18 August 2008

SIRI BARU BERMULA KHAMIS INI!!!

Penantian sudah tamat. Siri musim kedua Bilik No. 13 akan disiarkan melalui salura TV2 pada jam 9 malam Khamis ini (Ogos 21).
Musim kedua bermula dengan episod Harimau, sebuah tribute kepada filem P. Ramlee Si Tora yang kini sudah hilang untuk selama-lamanya.
Jangan lupa untuk menyaksikan siri ini dan walaupun slotnya bertentangan dengan siri Kekasihku Seru arahan Khabir Bakhtiar di TV3, kami yakin siri Bilik No 13 akan menarik minat penonton baru dan juga lama.
Manjafilms Sdn Bhd juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM kerana memberi kami sokongan yang begitu hebat untuk menyambung siri Bilik No 13. Mereka telah menyuruh kami menjadikan siri kedua ini lagi seram - dan kami rasa kami sudah berjaya - episod Jangan Lupa Tutup Tingkap, Peti, Bunian, Foto, Artifak dan Ronggeng akan pasti menyeramkan anda. Kami juga diberitahu oleh pihak LPF, siri ini dilulus tanpa potongan supaya jalan cerita tidak terganggu, walaubagaimanapun, Bilik No. 13 kini menjadi siri pertama RTM yang diberi rating PG-13 (penonton dibawa umur 13 tahun disyorkan menonton bersama bimbingan ibu-bapa mereka). Wahhhh! Terrer.
Jadi jangan lupa! Jangan termiss siri musim kedua Bilik No. 13.

No comments: