Penantian sudah tamat. Siri musim kedua Bilik No. 13 akan disiarkan melalui salura TV2 pada jam 9 malam Khamis ini (Ogos 21).
Musim kedua bermula dengan episod Harimau, sebuah tribute kepada filem P. Ramlee Si Tora yang kini sudah hilang untuk selama-lamanya.
Jangan lupa untuk menyaksikan siri ini dan walaupun slotnya bertentangan dengan siri Kekasihku Seru arahan Khabir Bakhtiar di TV3, kami yakin siri Bilik No 13 akan menarik minat penonton baru dan juga lama.
Manjafilms Sdn Bhd juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM kerana memberi kami sokongan yang begitu hebat untuk menyambung siri Bilik No 13. Mereka telah menyuruh kami menjadikan siri kedua ini lagi seram - dan kami rasa kami sudah berjaya - episod Jangan Lupa Tutup Tingkap, Peti, Bunian, Foto, Artifak dan Ronggeng akan pasti menyeramkan anda. Kami juga diberitahu oleh pihak LPF, siri ini dilulus tanpa potongan supaya jalan cerita tidak terganggu, walaubagaimanapun, Bilik No. 13 kini menjadi siri pertama RTM yang diberi rating PG-13 (penonton dibawa umur 13 tahun disyorkan menonton bersama bimbingan ibu-bapa mereka). Wahhhh! Terrer.
Jadi jangan lupa! Jangan termiss siri musim kedua Bilik No. 13.
Monday, 18 August 2008
Thursday, 7 August 2008
BILIK NO 13 DAN ANUGERAH SKRIN
RTM telah memberi penghargaan kepada siri Bilik No 13 (musim pertama) kerana memilihnya untuk menandingi dalam Anugerah Skrin yang diusahakan oleh Media Prima.
Anugerah Skrin tahun ini, dengan tema Intan (Berlian), akan di adakan beberapa minggu selepas Hari Raya Aidilfitri di bulan Oktober.
Pada hari Selasa kelmarin, sebuah jamuan kecil telah di adakan di One World Hotel dimana semua yang menandingi telah diumumkan oleh TV3.
Walaupun ini hanya pengumuman dan senarai pendek belum lagi diketahui, kami amat berbangga di pilih oleh RTM untuk menandingi Anugerah Skrin tahun ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)