Selamat datang ke blog khas untuk rancangan TV Bilik No. 13, yang merupakan siri TV seram/paranormal yang popular di RTM.
Penerbit rancangan tersebut, Manjafilms Sdn Bhd, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat dan penonton rancangan tersebut hingga rating siri itu mencecahkan sejuta penonton sekaligus menjadikan rancangan itu dalam senarai Top 5 terbitan tempatan.
Blog ini direka supaya peminat dapat mengetahui perkembangan penerbitan siri Bilik No. 13 musim kedua yang baru sahaja tamat pengambaran.
Insya'llah, musim kedua akan membawa peningkatan dari segi dan aspek penceritaan dan penghasilan.
Manjafilms amat terharu kerana musim ini ramai juga artis 'ngetop' dapat meluangkan diri untuk berlakon dan melibatkan diri. Antara mereka adalah Eman Manan, Harun Salim Bachik, Kartina Aziz, Melissa Maureen, Anne Abdullah, Den Wahab, Catriona Ross, Mubarak Majid, Nurul Akmar, Rama, Tan Ting, Kee Thuan Chye, Sue Tan, Adik Ezrynne, Pak Lah Cecupak dan Cico Harahap.
Blog ini juga akan dihiasi gambar-gambar produksi dan juga klip klip video.
Peminat dijemput untuk berkomen, berinteraksi dengan Manjafilms, dan juga insya'llah dengan artis-artis kami, dalam blog ini.
Sentiasa siri Bilik No. 13 ini mendapat sambutan dan sokongan.
Kami juga kini sekarang sudah bermula untuk mencari bahan cerita bagi musim ke 3.
Salam menonton dan menjenguk blog ini.
Penerbit Bilik No. 13
Manjafilm
Wednesday, 11 June 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment