Wednesday 3 September 2008

EPISODE THREE - JANGAN LUPA TUTUP TINGKAP


Thursday September 4 - TV2 - 9.00 pm. Episode Three - Jangan Lupa Tutup Tingkap.
This episode continues the main storyline of Dr Iliya trying to find out the secret of the mental hospital. Meanwhile, she meets with a man who has been accused of killing children and has been declared mentally insane. The man tells the story of how he went to village in which kids are found dead the next morning. Rumours of a ghost that steals the children from their homes were rife and children have been warned not to forget closing their windows.
Stars Erynne Erynna of Congkak and a special appearance by Zarina Zainuddin.

Episod Tiga - Jangan Lupa Tutup Tingkap Episod ini menyambung cerita Dr Iliya (Ann Abdullah) yang ingin membongkar rahsia hospital mental dan Bilik No. 13. Beliau juga menerumah seorang pesakit yang dipercayai membunuh kanak-kanak tetapi didapati tidak siuman. Lelaki ini menceritaka kisah waktu beliau ke sebuah kampung dimana kanak-kanak didapati mati dibunuh keesokkan harinya. Khabar angin juga tersebar tentang hantu yang telah menculik kanak-kanak yang gagal menutup tingkap bilik mereka. Lelaki ini telah terserempak dengan hantu ini. Dijayakan oleh Erynne Erynna, Lan Cecupak dan penampilan khas Zarina Zainuddin.

Monday 18 August 2008

SIRI BARU BERMULA KHAMIS INI!!!

Penantian sudah tamat. Siri musim kedua Bilik No. 13 akan disiarkan melalui salura TV2 pada jam 9 malam Khamis ini (Ogos 21).
Musim kedua bermula dengan episod Harimau, sebuah tribute kepada filem P. Ramlee Si Tora yang kini sudah hilang untuk selama-lamanya.
Jangan lupa untuk menyaksikan siri ini dan walaupun slotnya bertentangan dengan siri Kekasihku Seru arahan Khabir Bakhtiar di TV3, kami yakin siri Bilik No 13 akan menarik minat penonton baru dan juga lama.
Manjafilms Sdn Bhd juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM kerana memberi kami sokongan yang begitu hebat untuk menyambung siri Bilik No 13. Mereka telah menyuruh kami menjadikan siri kedua ini lagi seram - dan kami rasa kami sudah berjaya - episod Jangan Lupa Tutup Tingkap, Peti, Bunian, Foto, Artifak dan Ronggeng akan pasti menyeramkan anda. Kami juga diberitahu oleh pihak LPF, siri ini dilulus tanpa potongan supaya jalan cerita tidak terganggu, walaubagaimanapun, Bilik No. 13 kini menjadi siri pertama RTM yang diberi rating PG-13 (penonton dibawa umur 13 tahun disyorkan menonton bersama bimbingan ibu-bapa mereka). Wahhhh! Terrer.
Jadi jangan lupa! Jangan termiss siri musim kedua Bilik No. 13.

Thursday 7 August 2008

BILIK NO 13 DAN ANUGERAH SKRIN

RTM telah memberi penghargaan kepada siri Bilik No 13 (musim pertama) kerana memilihnya untuk menandingi dalam Anugerah Skrin yang diusahakan oleh Media Prima.
Anugerah Skrin tahun ini, dengan tema Intan (Berlian), akan di adakan beberapa minggu selepas Hari Raya Aidilfitri di bulan Oktober.
Pada hari Selasa kelmarin, sebuah jamuan kecil telah di adakan di One World Hotel dimana semua yang menandingi telah diumumkan oleh TV3.
Walaupun ini hanya pengumuman dan senarai pendek belum lagi diketahui, kami amat berbangga di pilih oleh RTM untuk menandingi Anugerah Skrin tahun ini.

Friday 18 July 2008

THE BILIK NO 13 TV PROMO

This is the new promo for Bilik No 13 (second season) that you will most probably see on RTM. It's 42 seconds long as requested by the TV stations. I think it is quite cool and interesting. What say you? The whole series is now completed, and hopefully fans do not have to wait long for its telecast on TV2.

Ini adalah promo terbaru untuk siri Bilik No 13 - musim kedua yang kemungkinan besar anda akan dapat saksikan di TV anda. Panjangnya hanya 42 saat sepertmana yang di perlukan oleh pihak stesyen. Kami pasti promo ini amat menarik. Apa kata anda? Siri ini sudah siap dan hanya menantikan siarannya di kacaTV anda.

Thursday 3 July 2008

TARIKH SIARAN BILIK NO. 13 MUSIM KEDUA













Kami baru saja dapat tahu kemungkinan besar, Bilik No 13 - Musim Kedua akan disairkan di RTM 2 (Prime Time) pada bulan Ogos. Ini kerana slot yang disediakan sedang menayangkan drama bersiri yang hanya akan tamat pada bulan Ogos.
Olehkerana ini, peminat-peminat Bilik No.13 akan dapat menyaksikan cerita-cerita baru bulan hadapan. Harap sabar.

Penerbit

We have been informed that our series Bilik No. 13 - The Second Season will most probably get an August telecast date. This is because the Prime Time slot that is prepared for Bilik No.13 is currently screening another drama series which will only end in August.
Therefore, fans of Bilik No. 13 need only await one month to view the latest stories that we have in store for you. Be patient.

Producer

Thursday 12 June 2008

THE OPENING GRAPHICS

The video is the new opening graphics for the second season of Bilik No 13. The theme music is by local band called Vyneyard. Graphics designed by The Attic.

Klip video di bawah merupakan grafik pembukaan siri Bilik No. 13. Tema atau lagu pengenalan musim kedua ini adalah karya kumpulan Vyneyard. Grafik direka oleh The Attic.